SEKADAR CATATAN PRIBADI GETAR RASA YANG TERANGSANG SEPANJANG PERJALANAN YANG DIPOTRETKAN SEPANJANG HIDUP SEBAGAI TANDA KENANG KENANGAN SEBUAH KEHIDUPAN....GEMAR BERCUTI DENGAN KELUARGA. SELALUNYA BERKERETA KERANA BEBAS UNTUK BERHENTI DIMANA HENDAK BERHENTI, BERJALAN BILA BILA SAJA. PALING TERPAUT HATI PADA TEMPAT BERSEJARAH. SEJUK MEMANDANG PADA ALAM YANG HIJAU. TERSENTAK MATA DIHIDANGKAN DENGAN KEGONDOLAN BUKIT. (gambar bersama 4 anak, 2 didepan anak sendiri, 2 dibelakang anak saudara)
SANGAT MENGALU ALUKAN SEBARANG PENAMBAHAN MAKLUMAT OLEH PENGUNJUNG BAGI PENJELASAN YANG LEBIH MENDALAM

Sunday, 1 March 2009

GALERI SULTAN ABDUL HALIM MUAZAM SHAH

Bersemangat bersama anak datang melawat galeri sultan kedah yang baru dirasmikan. Telah dibuka untuk lawatan orang ramai selama 3 hari secara percuma. Tak sempat datang pada hari hari percuma tersebut, tiada kelapangan. Tak pa lah, hari ke 4 datang juga kerana teruja dengan kempen yang di war war kan, walau pun bayaran dikenakan........ terkilannya kerana dimaklumkan ianya ditutup semula mungkin selama sebulan...... ramai orang datang berhajat untuk melawat, tetapi sekadar mendapat penerangan daripada pengawal keselamatan yang telah berfungsi sebagai pegawai pelancong pula.

Letaknya dipusat bandar alor setar. Dikelilingi persekitaran bersejarah disekelilingnya. Kelihatan balai nobat dihadapannya..... Ada pendapat lain mengatakan balai nobat ini sebenarnya merupakan menara masjid suatu waktu dahulu. Apabila masjid baru iaitu masjid zahir didirikan, diawal tahun 1900, menara ini dikekalkan. Di atas tapak masjid ini telah didirikan mahkamah yang kemudiaannya telah diubahsuai sebagai galeri sultan pada hari ini.... wallahualam.

Ini merupakan pintu gerbang yang dibina semula di tempat asalnya yang merupakan tembok kepada pusat pemerentahan kedah suatu masa dahulu, iaitu kota setar. Ciri pintu gerbang ini dibina semula mengikut bentuk asalnya.

Pandangan sisi lain balai nobat berlatar belakangkan masjid zahir. Balai nobat ini asalnya terletak di pekan Langgar iaitu lebih kurang 20 km dari sini. Ianya dipindahkan kesini diawal tahun 1900. Balai nobat asal masih dipelihara ditempat asalnya sebagai warisan. Letaknya bersebelahan makam diraja kesultanan kedah sejak tahun 1800.

4 comments:

xplorer said...

kenapa dah lama takde entry.Apa yang awak tulis sebenarnya menarik. hope you could provide more entry

donmny said...

sdr xplorer

t kasih, sekarang lebih banyak berkomunikasi melalui facebook. jemput ziarah

dragsuperstar said...

tlg la update dalam blog..plzzz

rimanilzah said...

wow, blog tg menarik!