
Komplek ini terletak dikawasan tanah yang agak tinggi. Agak terpencil. Di kelilingi ladang kelapa sawit. Dulunya berkemungkinan besar hutan tebal. Berlatarkan gunung jerai. Juga berhampiran dengan sungai merbuk yang lebarnya lebih dari 50 meter yang merupakan laluan utama dahulu.

Menempatkan 5 makam didalamnya. Selain darinya tidak ada perkuburan lain. Merupakan pemerentah negara Kedah pertama. Juga dikatakan raja Derbar sebelum diubah kepada Sultan Muzaffar Shah 1 apabila memeluk Islam. Memerentah dari tahun 1136m hingga 1179m. Juga dikatakan makam Merong Mahawangsa..... Menariknya sejarah kita mengatakan Islam datang ke Tanah Melayu dengan pengislaman Parameswara sekitar 1400m. Batu bersurat Trengganupun tahun 1300m lebih kalau tidak silap. Bagaimana dengan pengislaman Sultan Kedah ini yang jauh lebih awal. Adakah sejarah kita merupakan pembohongan yang jelas.

Seperkara lagi yang menarik ialah kesemua makam yang terdapat disini menggunakan batu nesan aceh sebagai tanda makam. Batu aceh ini masih digunakan sebagai tanda makam orang orang besar ditanah melayu sehingga penghujung tahun 1800m. Ini bermakna ianya digunakan selama lebih kurang 1000 tahun. Bentuknya tetap sama. Apakah hubungan semuanya itu.

Apa yang mengecewakan dengan makam ini ialah ianya tidak dijaga. Jalan masuknya masih tanah merah yang berlubang-lubang. Nasib baik guna pacuan 4 roda. Kenapa tidak dijaga, sedangkan ianya pemerentah Kedah 1. Sedangkan makam raja di Langgar Alor Setar dijaga rapi. Tetapi makam di Merbuk ini yang juga bernama Langgar diabaikan. Apakah ada sesuatu disebaliknya.
8 comments:
info yang baik...
hello, saya pun berminat aktiviti jelajah sepertti saudara visit my blog jelajah-xplorer.blogspot.com
Dorang bangga sangat dengan Sultan Abdul Hamid..tu ja..sebab tu Sultan Muzaffar Shah 1 tu depa buat tak layan ja (sebab tu kubur Merong Mahawangsa)
Terima kasih atas penulisan ini. Saya berharap satu hari akan dapat menziarahi tempat ini.
Salam
Saya pelajar MRSM Merbok 2010/2011. Baru -baru ini kami murid Tingkatan 4 Ibnu Qayyim bersama guru Sejarah telah melawat dan membersihkan makam ini.
Saya bersyukur kerana berpeluang menyertai program ini dan dapat mengenali sejarah makam tersebut
Pewaris Takhta Sebenar Merong Mahawangsa
SEJARAH MELAYU KITA BANYAK MEMUTAR BELITKAN FAKTA..Ibarat SEBUTAN bagi T.I.M.U.R jika di TERBALIK kan huruf ini maka dapatlah jawapan nya ialah R.U.M.I.T Mengapa jadi RUMIT sebegini.Cuba RENUNGKAN Kisah MERONG MAHAWANGSA yang BEGITU HEBAT akhirnya MAKAM nya di ABAIKAN..KERAJAAN NEGERI KEDAH ibarat TIDAK TAHU MENGHARGAI KISAH SULTAN YANG TERNAMA ini sedangkan KETURUNAN SULTAN KEDAH yang ada sekarang Cukup di JAGA RAPI..kalau boleh BATU NESAN pun nak TUKAR kan BATU NESAN EMAS..TERUS TERANG Saya Katakan bahawasanya MEREKA MEREKA ini BUKAN DARI DARAH SEBENAR MERONG MAHAWANGSA..tetapi hanya MEMAKAI NAMA KETURUNAN MERONG MAHAWANGSA..AMAT MEMALUKAN Saja..
kefahaman saya sejarah waris nasab keturunan raja-raja kedah moden ini semuanya tidak berdaulat dan bergahara sebab mereka ini waris dari y.a.m tunku ahmad jiwa perempuan gundik anak luar nikah gelaran y.a.m.tunku abdullah@raja pulau pinang, yang gahara adalah anakda isteri pertama tunku ahmad jiwa adinda Y.m.m Khalifah sharif abu bakar shah...yang ada waris nasab merong maha wangsa@ Paduka Seri Raja durba I.
Post a Comment