
Masjid ini dibina disekitar tahun 1800m. Ianya menjadi singgahan utama apabila sultan kedah melawat kawasan sekitarnya dan juga bagi perjalanannya melawat Kuala Muda yang merupakan pusat pemerentahan Kedah dahulu.

Ianya kini telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah. Terletak berhampiran dengan kaki gunung jerai dan Lembah Bujang. Sebuah masjid baru telah dibina bersebelahan bagi menggantikannya.

Pandangan dalam. Namun begitu ruangan dalamnya tidak dibuka kepada orang awam. Gambar ini dirakamkan juga bagi menghilangkan kegahairahan untuk mengetahui pandangan dalamnya..... terpaksalah panjat temboknya.

Ruangan imam dari sisi luar.

Pandangan sisi lain......Menariknya masjid ini kerana ianya dikatakan sebagai binaan masjid tertua yang disahkan dikawasan tersebut. Namun begitu pihak arkeologi masih dalam proses penggalian dan penganalisaan sebuah lagi runtuhan dikawasan gunung jerai tersebut. Adalah dipercayai ianya merupakan binaan masjid dan bentuknya sama seperti masjid ini. Sekiranya disahkan masjid tersebut dikatakan sebagai binaan masjid tertua di Asia Tenggara. Ianya bakal mengesahkan bahawa kedatangan Islam kenegara kita adalah seawal tahun 800m. Jauh lebih awal dari Melaka dan negara sekitar lainnya. Juga sekiranya disahkan maka masjid tersebut lebih tua usianya dari masjid Agung Demak di Indonesia dan juga tentunya lebih tua dari masjid Tengkera Melaka.

Pandangan sisi lain. Didalamnya juga terdapat mimbar yang dibina dari batu sepenuhnya. Mungkin ini sesuatu yang baru dalam binaan mimbar masjid yang diketahui ramai.

Kawasan perkuburan sekitarnya yang diliputi sepenuhnya oleh pasir pasir halus.
7 comments:
Boleh Terangkan Tentang Kepentingan Seni Bina Ini?
Gabungan tiang dan pelantar batu Dan struktur pertukangan kayu merupakan senibina 'hybrid" yang sebenarnya senigaya yg asli di rantau ini dari kedah hinggahin pattani. MaupunMaupun pinang..mungkin dapat dirujok juga dgn candi2 Lembah Bujang yang Gaya hybrid ini...'base plinth masonry wood' Gaya binaan tersendiri di kedah Dan kemudian nya diolah2 mengikut skala Dan fungsi pelbagai.
Kenapa masjid ni bukan untuk tatapan umum
Mungkin bertujuan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan... Macam Istana Sultan Alaeddin di Kg Bandar, Banting, Selangor.
Apakah latar belakang masjid ini
Apakah latar belakang masjid niee tolong reply
Apakah kepentingan masjid ini
Post a Comment