SEKADAR CATATAN PRIBADI GETAR RASA YANG TERANGSANG SEPANJANG PERJALANAN YANG DIPOTRETKAN SEPANJANG HIDUP SEBAGAI TANDA KENANG KENANGAN SEBUAH KEHIDUPAN....GEMAR BERCUTI DENGAN KELUARGA. SELALUNYA BERKERETA KERANA BEBAS UNTUK BERHENTI DIMANA HENDAK BERHENTI, BERJALAN BILA BILA SAJA. PALING TERPAUT HATI PADA TEMPAT BERSEJARAH. SEJUK MEMANDANG PADA ALAM YANG HIJAU. TERSENTAK MATA DIHIDANGKAN DENGAN KEGONDOLAN BUKIT. (gambar bersama 4 anak, 2 didepan anak sendiri, 2 dibelakang anak saudara)
SANGAT MENGALU ALUKAN SEBARANG PENAMBAHAN MAKLUMAT OLEH PENGUNJUNG BAGI PENJELASAN YANG LEBIH MENDALAM

Tuesday 27 January 2009

CANDI PENGKALAN BUJANG

Malam Ahad lepas Majalah 3 ada memaparkan cerita berhubung dengan Lembah Bujang dan juga Candi yang masih dalam kajian iaitu Candi Pengkalan Bujang. Apalagi kebetulan tak sibuk terus ambik kereta pi sana. Orang rumah ajak pi mandi manda dekat Gunung Jerai dengan adik beradik lain. Kata dekat dia, tak pa la, pi dulu........Candi ini letaknya lebih kurang 5 km dari Muzium Arkeologi. Lepas tanya lebih kurang dekat koordinator muzium terus pi. Kedudukannya seakan akan pulau ditengah sawah. Terdapat 3 candi yang digali. 2 darinya telah siap dan telah dikenalpasti sebagai candi hindu. 1 lagi masih dalam kajian. Ada yang berpendapat ianya merupakan sebuah masjid. Kedudukannya menghadap kearah kiblat dan binaannya seakan akan Masjid Pengkalan Kakap yang berhampiran. Kedudukan ke tiga-tiga candi tersebut lebih kurang 50 meter sahaja diantara satu sama lain.

Candi yang masih dalam kajian......Tanah sekitar kawasan ini berpasir halus walaupun dikelilingi sawah padi. Berkemungkinan kedudukannya berhampiran pantai suatu waktu dahulu. Menurut penjaga komplek tersebut disekitar kawasan perkampungan ini terdapat banyak binaan seperti candi ini. Pihak muzium masih dalam proses pengenalpastiaan. Persekitaran kawasan ini berkemungkinan merupakan komplek kerajaan ataupun pusat perdagangan.

Disini juga ditempatkan jumpaan makara dari Sungai Mas Kota Kuala Muda. Ianya telah dipindahkan dan ditempatkan dikomplek ini . Bersama dengan makara ini juga termasuk tiang, pasu, tapak tiang dan sebagainya.

Makara ini merupakan jumpaan yang sangat penting oleh penyelidik UKM pada tahun 2004. Ini kerana dikatakan binaan tersebut tidak sama dengan mana mana jumpaan yang telah ditemui dimana mana negara. .............Ada pendapat lain mengatakan ianya adalah kepala tangga kepada istana merong mahawangsa iaitu pemerentah Kedah pertama atau dikenali juga dengan nama sultan Muzaffar Shah 1.