SEKADAR CATATAN PRIBADI GETAR RASA YANG TERANGSANG SEPANJANG PERJALANAN YANG DIPOTRETKAN SEPANJANG HIDUP SEBAGAI TANDA KENANG KENANGAN SEBUAH KEHIDUPAN....GEMAR BERCUTI DENGAN KELUARGA. SELALUNYA BERKERETA KERANA BEBAS UNTUK BERHENTI DIMANA HENDAK BERHENTI, BERJALAN BILA BILA SAJA. PALING TERPAUT HATI PADA TEMPAT BERSEJARAH. SEJUK MEMANDANG PADA ALAM YANG HIJAU. TERSENTAK MATA DIHIDANGKAN DENGAN KEGONDOLAN BUKIT. (gambar bersama 4 anak, 2 didepan anak sendiri, 2 dibelakang anak saudara)
SANGAT MENGALU ALUKAN SEBARANG PENAMBAHAN MAKLUMAT OLEH PENGUNJUNG BAGI PENJELASAN YANG LEBIH MENDALAM

Wednesday 21 January 2009

BERKERETAPI, ALOR SETAR, PULAU PINANG KUALA LUMPUR

Sebenarnya perjalanan dengan keretapi ini biasa biasa je. Tak ada apa yang menarik pun. Tetapi pada hambanya ini, ia sangat bermakna. Mengimbau kenangan 15 tahun dulu masa masih belajar, sangat gemar berkelana dengan keretapi.......stesen mula, Alor Setar.

Pandangan lain stesen.....sepatutnya kesemua stesen dipelihara sebagai warisan sejarah yang sangat bernilai. Ianya merupakan satu satunya warisan yang masih berdenyut dari dulu sampai sekarang......Stesen keretapi patut di war warkan sebagai kawasan tarikan pelancongan. Apatah lagi sejarahnya yang lebih panjang dari jalan raya lain di negara kita.

Melihat luar tingkap dari tingkap keretapi......bertuahnya dapat naik keretapi paling daif yang ada. Memang itupun yang dicari supaya kepuasan maksima kenangan dapat disentuh rasa......keretapi golongan marhain, keretapi 'siam' yang datang dari Bangkok. 70% isinya golongan marhain warga Eropah yang berkelana dari Thailand. Bakinya peniaga tomyam (mungkin) yang berkelana di negara kita, bersama dengan pisang, jagung, ubi, beras pulut dan segalanya lagi.

Warna lain landasan yang ditinggalkan.
Keretapi lama berinjin wap di pamerkan berhampiran stesen Butterworth. Idea yang baik, pelaksanaan yang sangat daif. Dipagari sampah sarap sekeliling dan bawahnya.....Hai, bangsa Malaysia ku.

Di sebalik tayar.....minyak dan kekotoran yang bertakung.
Naik feri.....sampai jeti. Penyambut tetamu yang masih iseng iseng dalam dunianya yang tersendiri. Lebih dari seorang.
Gambar cerita lain berhampiran jeti....Perniagaan yang seusia dengan tuannya.
Masjid Lebuh Aceh...Dikatakan dibina pada tahun 1808m.
Makam mereka yang berjasa mendirikan masjid ini bersama dengan ahli keluarga mereka.....Makam yang berbatu nesan aceh, yang menggambarkan pemiliknya adalah orang 'besar' pada waktu itu.

Masjid Kapitan Keling yang didirikan bagi mengambil peranan Masjid Lebuh Aceh disebabkan pertambahan jemaah yamg makin ramai.

Gambaran lain masjid

Kopitiam yang tersendiri hiasannya

Pandangan sisi berlatarkan kereta volk lama.

Rumah siapa pemiliknya yang telah tak ingat.....tetapi difahamkan merupakan milik salah seorang orang terkaya di Pulau pinang yang merupakan ulamak dan juga pedagang di zamannya.

Tempat lain yang jarang dilawati manusia bila ke Pulau Pinang....Perkuburan Kristien lama di tengah tengah bandar. Mula digunakan sekitar tahun 1700. Disini juga terdapatnya bersemadinya Francis Light.

Pandangan lain perkuburan.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Bangunan lama lainnya.

Akhirnya naik feri balik ke Seberang Prai.....Kapal yang berlabuh. Pemandangan biasa sepanjang perjalanan.

Akhirnya naik keretapi semula terus ke Kuala Lumpur.......pengalaman yang membosankan sepanjang perjalanan. Malam yang gelap gelita........sepatutnya perjalanan ini di buat diwaktu siang. Barulah apa yang dicari pasti ditemui.......Tentunya ia bukan perjalanan yang terakhir.

1 comment:

the girl who whines said...

rumah yang encik tak tahu siapa pemilik asalnya tu adalah rumah syed al attas, yg kini di jadikan museum islam. sy pernah masuk sewaktu buat assignment time study dlu.