SEKADAR CATATAN PRIBADI GETAR RASA YANG TERANGSANG SEPANJANG PERJALANAN YANG DIPOTRETKAN SEPANJANG HIDUP SEBAGAI TANDA KENANG KENANGAN SEBUAH KEHIDUPAN....GEMAR BERCUTI DENGAN KELUARGA. SELALUNYA BERKERETA KERANA BEBAS UNTUK BERHENTI DIMANA HENDAK BERHENTI, BERJALAN BILA BILA SAJA. PALING TERPAUT HATI PADA TEMPAT BERSEJARAH. SEJUK MEMANDANG PADA ALAM YANG HIJAU. TERSENTAK MATA DIHIDANGKAN DENGAN KEGONDOLAN BUKIT. (gambar bersama 4 anak, 2 didepan anak sendiri, 2 dibelakang anak saudara)
SANGAT MENGALU ALUKAN SEBARANG PENAMBAHAN MAKLUMAT OLEH PENGUNJUNG BAGI PENJELASAN YANG LEBIH MENDALAM

Tuesday 27 January 2009

MAKAM SULTAN MUZAFFAR SHAH 1

Komplek ini terletak dikawasan tanah yang agak tinggi. Agak terpencil. Di kelilingi ladang kelapa sawit. Dulunya berkemungkinan besar hutan tebal. Berlatarkan gunung jerai. Juga berhampiran dengan sungai merbuk yang lebarnya lebih dari 50 meter yang merupakan laluan utama dahulu.

Menempatkan 5 makam didalamnya. Selain darinya tidak ada perkuburan lain. Merupakan pemerentah negara Kedah pertama. Juga dikatakan raja Derbar sebelum diubah kepada Sultan Muzaffar Shah 1 apabila memeluk Islam. Memerentah dari tahun 1136m hingga 1179m. Juga dikatakan makam Merong Mahawangsa..... Menariknya sejarah kita mengatakan Islam datang ke Tanah Melayu dengan pengislaman Parameswara sekitar 1400m. Batu bersurat Trengganupun tahun 1300m lebih kalau tidak silap. Bagaimana dengan pengislaman Sultan Kedah ini yang jauh lebih awal. Adakah sejarah kita merupakan pembohongan yang jelas.

Seperkara lagi yang menarik ialah kesemua makam yang terdapat disini menggunakan batu nesan aceh sebagai tanda makam. Batu aceh ini masih digunakan sebagai tanda makam orang orang besar ditanah melayu sehingga penghujung tahun 1800m. Ini bermakna ianya digunakan selama lebih kurang 1000 tahun. Bentuknya tetap sama. Apakah hubungan semuanya itu.

Apa yang mengecewakan dengan makam ini ialah ianya tidak dijaga. Jalan masuknya masih tanah merah yang berlubang-lubang. Nasib baik guna pacuan 4 roda. Kenapa tidak dijaga, sedangkan ianya pemerentah Kedah 1. Sedangkan makam raja di Langgar Alor Setar dijaga rapi. Tetapi makam di Merbuk ini yang juga bernama Langgar diabaikan. Apakah ada sesuatu disebaliknya.

CANDI PENGKALAN BUJANG

Malam Ahad lepas Majalah 3 ada memaparkan cerita berhubung dengan Lembah Bujang dan juga Candi yang masih dalam kajian iaitu Candi Pengkalan Bujang. Apalagi kebetulan tak sibuk terus ambik kereta pi sana. Orang rumah ajak pi mandi manda dekat Gunung Jerai dengan adik beradik lain. Kata dekat dia, tak pa la, pi dulu........Candi ini letaknya lebih kurang 5 km dari Muzium Arkeologi. Lepas tanya lebih kurang dekat koordinator muzium terus pi. Kedudukannya seakan akan pulau ditengah sawah. Terdapat 3 candi yang digali. 2 darinya telah siap dan telah dikenalpasti sebagai candi hindu. 1 lagi masih dalam kajian. Ada yang berpendapat ianya merupakan sebuah masjid. Kedudukannya menghadap kearah kiblat dan binaannya seakan akan Masjid Pengkalan Kakap yang berhampiran. Kedudukan ke tiga-tiga candi tersebut lebih kurang 50 meter sahaja diantara satu sama lain.

Candi yang masih dalam kajian......Tanah sekitar kawasan ini berpasir halus walaupun dikelilingi sawah padi. Berkemungkinan kedudukannya berhampiran pantai suatu waktu dahulu. Menurut penjaga komplek tersebut disekitar kawasan perkampungan ini terdapat banyak binaan seperti candi ini. Pihak muzium masih dalam proses pengenalpastiaan. Persekitaran kawasan ini berkemungkinan merupakan komplek kerajaan ataupun pusat perdagangan.

Disini juga ditempatkan jumpaan makara dari Sungai Mas Kota Kuala Muda. Ianya telah dipindahkan dan ditempatkan dikomplek ini . Bersama dengan makara ini juga termasuk tiang, pasu, tapak tiang dan sebagainya.

Makara ini merupakan jumpaan yang sangat penting oleh penyelidik UKM pada tahun 2004. Ini kerana dikatakan binaan tersebut tidak sama dengan mana mana jumpaan yang telah ditemui dimana mana negara. .............Ada pendapat lain mengatakan ianya adalah kepala tangga kepada istana merong mahawangsa iaitu pemerentah Kedah pertama atau dikenali juga dengan nama sultan Muzaffar Shah 1.

Monday 26 January 2009

MASJID LAMA PANGKALAN KAKAP MERBUK KEDAH

Masjid ini dibina disekitar tahun 1800m. Ianya menjadi singgahan utama apabila sultan kedah melawat kawasan sekitarnya dan juga bagi perjalanannya melawat Kuala Muda yang merupakan pusat pemerentahan Kedah dahulu.

Ianya kini telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah. Terletak berhampiran dengan kaki gunung jerai dan Lembah Bujang. Sebuah masjid baru telah dibina bersebelahan bagi menggantikannya.
Pandangan dalam. Namun begitu ruangan dalamnya tidak dibuka kepada orang awam. Gambar ini dirakamkan juga bagi menghilangkan kegahairahan untuk mengetahui pandangan dalamnya..... terpaksalah panjat temboknya.

Ruangan imam dari sisi luar.

Pandangan sisi lain......Menariknya masjid ini kerana ianya dikatakan sebagai binaan masjid tertua yang disahkan dikawasan tersebut. Namun begitu pihak arkeologi masih dalam proses penggalian dan penganalisaan sebuah lagi runtuhan dikawasan gunung jerai tersebut. Adalah dipercayai ianya merupakan binaan masjid dan bentuknya sama seperti masjid ini. Sekiranya disahkan masjid tersebut dikatakan sebagai binaan masjid tertua di Asia Tenggara. Ianya bakal mengesahkan bahawa kedatangan Islam kenegara kita adalah seawal tahun 800m. Jauh lebih awal dari Melaka dan negara sekitar lainnya. Juga sekiranya disahkan maka masjid tersebut lebih tua usianya dari masjid Agung Demak di Indonesia dan juga tentunya lebih tua dari masjid Tengkera Melaka.

Pandangan sisi lain. Didalamnya juga terdapat mimbar yang dibina dari batu sepenuhnya. Mungkin ini sesuatu yang baru dalam binaan mimbar masjid yang diketahui ramai.

Kawasan perkuburan sekitarnya yang diliputi sepenuhnya oleh pasir pasir halus.

Wednesday 21 January 2009

BERKERETAPI, ALOR SETAR, PULAU PINANG KUALA LUMPUR

Sebenarnya perjalanan dengan keretapi ini biasa biasa je. Tak ada apa yang menarik pun. Tetapi pada hambanya ini, ia sangat bermakna. Mengimbau kenangan 15 tahun dulu masa masih belajar, sangat gemar berkelana dengan keretapi.......stesen mula, Alor Setar.

Pandangan lain stesen.....sepatutnya kesemua stesen dipelihara sebagai warisan sejarah yang sangat bernilai. Ianya merupakan satu satunya warisan yang masih berdenyut dari dulu sampai sekarang......Stesen keretapi patut di war warkan sebagai kawasan tarikan pelancongan. Apatah lagi sejarahnya yang lebih panjang dari jalan raya lain di negara kita.

Melihat luar tingkap dari tingkap keretapi......bertuahnya dapat naik keretapi paling daif yang ada. Memang itupun yang dicari supaya kepuasan maksima kenangan dapat disentuh rasa......keretapi golongan marhain, keretapi 'siam' yang datang dari Bangkok. 70% isinya golongan marhain warga Eropah yang berkelana dari Thailand. Bakinya peniaga tomyam (mungkin) yang berkelana di negara kita, bersama dengan pisang, jagung, ubi, beras pulut dan segalanya lagi.

Warna lain landasan yang ditinggalkan.
Keretapi lama berinjin wap di pamerkan berhampiran stesen Butterworth. Idea yang baik, pelaksanaan yang sangat daif. Dipagari sampah sarap sekeliling dan bawahnya.....Hai, bangsa Malaysia ku.

Di sebalik tayar.....minyak dan kekotoran yang bertakung.
Naik feri.....sampai jeti. Penyambut tetamu yang masih iseng iseng dalam dunianya yang tersendiri. Lebih dari seorang.
Gambar cerita lain berhampiran jeti....Perniagaan yang seusia dengan tuannya.
Masjid Lebuh Aceh...Dikatakan dibina pada tahun 1808m.
Makam mereka yang berjasa mendirikan masjid ini bersama dengan ahli keluarga mereka.....Makam yang berbatu nesan aceh, yang menggambarkan pemiliknya adalah orang 'besar' pada waktu itu.

Masjid Kapitan Keling yang didirikan bagi mengambil peranan Masjid Lebuh Aceh disebabkan pertambahan jemaah yamg makin ramai.

Gambaran lain masjid

Kopitiam yang tersendiri hiasannya

Pandangan sisi berlatarkan kereta volk lama.

Rumah siapa pemiliknya yang telah tak ingat.....tetapi difahamkan merupakan milik salah seorang orang terkaya di Pulau pinang yang merupakan ulamak dan juga pedagang di zamannya.

Tempat lain yang jarang dilawati manusia bila ke Pulau Pinang....Perkuburan Kristien lama di tengah tengah bandar. Mula digunakan sekitar tahun 1700. Disini juga terdapatnya bersemadinya Francis Light.

Pandangan lain perkuburan.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Bangunan lama lainnya.

Akhirnya naik feri balik ke Seberang Prai.....Kapal yang berlabuh. Pemandangan biasa sepanjang perjalanan.

Akhirnya naik keretapi semula terus ke Kuala Lumpur.......pengalaman yang membosankan sepanjang perjalanan. Malam yang gelap gelita........sepatutnya perjalanan ini di buat diwaktu siang. Barulah apa yang dicari pasti ditemui.......Tentunya ia bukan perjalanan yang terakhir.