SEKADAR CATATAN PRIBADI GETAR RASA YANG TERANGSANG SEPANJANG PERJALANAN YANG DIPOTRETKAN SEPANJANG HIDUP SEBAGAI TANDA KENANG KENANGAN SEBUAH KEHIDUPAN....GEMAR BERCUTI DENGAN KELUARGA. SELALUNYA BERKERETA KERANA BEBAS UNTUK BERHENTI DIMANA HENDAK BERHENTI, BERJALAN BILA BILA SAJA. PALING TERPAUT HATI PADA TEMPAT BERSEJARAH. SEJUK MEMANDANG PADA ALAM YANG HIJAU. TERSENTAK MATA DIHIDANGKAN DENGAN KEGONDOLAN BUKIT. (gambar bersama 4 anak, 2 didepan anak sendiri, 2 dibelakang anak saudara)
SANGAT MENGALU ALUKAN SEBARANG PENAMBAHAN MAKLUMAT OLEH PENGUNJUNG BAGI PENJELASAN YANG LEBIH MENDALAM

Saturday 8 November 2008

KOMPLEK MAKAM DIRAJA LANGGAR KEDAH

kompelek ini dibina berhampiran sungai langgar. sesuai dengan fungsi sungai dahulu sebagai jalan raya utama. tentunya ini memudahkan proses pemindahan mayat apabila berlakunya kemangkatan.

ianya dibina pada 7 jun 1701 oleh tunku ibrahim atas arahan sultan abdullah.......ianya menempatkan makam pemerentah negara kedah....gambar menunjukkan wakaf yang dibina dalam kompelek pemakaman.

pintu masuk ke dalam kawasan makam. kompelek ini terbahagi kepada dua iaitu kawasan parking dan isterihat dan juga kawasan makam. ianya dipisahkan oleh pintu yang berlainan. ....kawasan makam pula terbahagi kepada 4 bahagian

kawasan makam yang menempatkan makam kerabat diraja

kawasan utama yang menempatkan pemerentah awal selepas siapnya komplek ini.

antara makam yang kelihatan.....molek juga kalau dibuat peta makam makam ini di kawasan luar. kemudian di ceritakan satu persatu riwayatnya.

terdapat banyak makam yang tidak diketahui sejarahnya dan tidak ditandakan langsung siapa. mungkin kerabat diraja dan mereka yang berkenaan sahaja mengetahuinya melalui lisan......elok kiranya direkod dan dibukukan dengan jelas untuk tatapan rakyat supaya kita mengetahui asal usul

antara batu nesan yang kelihatan tentunya dari batu nesan aceh

mana mana makam yang dapat dibaca batu nesannya, ada yang dibuat salinan dan dipindahkan dalam bentuk begini

antara makam lainnya

binaan unik dan menarik atas makam

batu bata asas yang kelihatan sebagai pemagar komplek. adalah dipercayai komplek ini telah mengalami banyak kali proses menaik taraf. batu bata asas ini merupakan batu bata merah, nipis dan lebar. batu bata jenis ini jugalah yang boleh dikatakan ditemui digunakan dalam pembinaan istana pemerentah kerajaan negara kedah dahulu. sejarah batu bata ini boleh diperhalusi kerana ianya tidak di temui lagi hari ini.

didalam kompelek ini juga ditempatkan makam tunku abdul rahman putra al haj, iaitu perdana menteri malaysia pertama. beliau merupakan keturunan kepada sultan yang beristerikan anak raja thai chulalongkorn iaitu cik manjalara......bermula dari keturunan inilah hubungan thai dan negeri kedah agak baik

No comments: