SEKADAR CATATAN PRIBADI GETAR RASA YANG TERANGSANG SEPANJANG PERJALANAN YANG DIPOTRETKAN SEPANJANG HIDUP SEBAGAI TANDA KENANG KENANGAN SEBUAH KEHIDUPAN....GEMAR BERCUTI DENGAN KELUARGA. SELALUNYA BERKERETA KERANA BEBAS UNTUK BERHENTI DIMANA HENDAK BERHENTI, BERJALAN BILA BILA SAJA. PALING TERPAUT HATI PADA TEMPAT BERSEJARAH. SEJUK MEMANDANG PADA ALAM YANG HIJAU. TERSENTAK MATA DIHIDANGKAN DENGAN KEGONDOLAN BUKIT. (gambar bersama 4 anak, 2 didepan anak sendiri, 2 dibelakang anak saudara)
SANGAT MENGALU ALUKAN SEBARANG PENAMBAHAN MAKLUMAT OLEH PENGUNJUNG BAGI PENJELASAN YANG LEBIH MENDALAM

Saturday, 8 November 2008

MAKAM KAMPUNG TUALANG KEDAH

dalam perjalanan dari kampung sempat singgah di perkuburan kampung tualang kedah. ianya lebih kurang 10 km dari alor setar dan 5 km dari pekan langgar. pekan langgar suatu masa dahulu merupakan penempatan yang utama di negeri kedah terutamanya sebagai pusat pentadbiran dan pengajian agama islam. .....gambar yang sempat dipotretkan yang dipercayai merupakan salah seorang pemerentah kerajaan kedah tua.........batu nesan ini sama seperti batu nesan yang terdapat di komplek makam diraja kedah dan juga sama bentuknya dengan batu nesan yang berusia lebih dari 1000 tahun yang dijumpai di pekan langgar kedah.

ini merupakan makam lain daripada perkuburan kampung tualang. terdapat batu nisan yang bercantum. dipercayai ianya daripada makam yang bersebelahan tetapi telah rosak menyebabkan mereka yang tidak faham telah melunggukkannya disuatu tempat........juga dipercayai makam pemerentah kerajaan kedah tua.

ini merupakan sisi lain batu nesan tersebut......lihatlah kedaifan makam ini, sedangkan ianya tentulah sangat bermakna kepada sejarah negara kedah. bentuk batu nesan ini merupakan batu nesan aceh yang biasanya terdapat pada makam pemerentah dahulu. apa sebenarnya kaitan tersebut. kenapa pemerantah disini mesti menggunakan batu nesan dari aceh. tentu ada sebabnya.

lihatlah kerosakan yang telah berlaku. mungkin generasi yang akan datang tidak akan dapat melihatnya lagi. .......masjid di perkuburan ini dahulunya diperbuat daripada kayu. tetapi sekarang ini masjid baru yang dibina pada tahun 2003 telah digunakan......rata rata penduduk disini menggunakan bahasa siam sebagai bahasa pertuturan utama. apa kaitannya.

8 comments:

Fortress said...

Btulkah apa yg direncanakan di atas ini? X sangka perkuburan utama kampung sya mempunyai makam pemerintah Kedah tua. Lgpun dalam kawasan perkuburan itu, terdapat 1 kawasan berpagar. Saya sndiri pun x pernah memasuki kawasan berpagar itu.

Khun_Luang said...

salam, kalau tak silap gambar yang pertama tu makam Almarhum Syed Alang Aluddin dengan Almarhum Nai Long Jaafar.Patutnya waris yang terdekat membaik pulih makam-makam tersebut.Apa kata semua waris-waris keturunan pakat-pakat buat gotong royong membersih dan membaik pulih makam-makam disitu.Ini adalh satu cadangan sahaja.

Khun_Luang said...

kalau nak harap pihak persatuan sejarah atau pihak atasan nak ambil tindakan membersih atau mewartakan kawasan makam ini samapi bila pun belum tentu lagi melaikan waris-waris lah yang kena usaha. bila makam dah sedia elok dan terjaga baru lah boleh panggil pihak media buat liputan sejarah.Bila dibandingkan dengan makam-makam diRaja yang lain. Makam ini dan Makam Langgar kedua nampak amat daif dan tidak terjaga.

Khun_Luang said...

salam kepada saudara tuan tanah blog ini . Saya ingin cadangkan kiranya tuan dapat anjurkan gotong royong membersihkan dan membaiki pulih makam Diraja Siam ini. Saya pasti ramai akan mengambil bahagian dalam projek ini.... Tuan dapat mewawarkan di blog Sejarahnagarakedah . Tuan boleh hubungi YTM Tuanku Nai Long Kassim untuk mendapat persetujuan tentang cadangan ini. Waris-waris keturunan dari jauh dan dekat dijemput untuk mengambil bahagian dalam projek gotong royong ini. mungkin boleh dilaksanakan pada hari raya Edil Adha yang kedua.Dengan mengutip derma dari semua waris-waris keturunan untuk membeli barang2 keperluan untuk gotong royong ini. salam dari saya .kiranya tuan dapat hubungi saya di email mohdnazrin2009gmail.com.InsyaALLAH usaha murni ini akan diberkati ALLAH

Khun_Luang said...

Salam untuk pengetahuan pembaca dan saudara Donmy batu gambar no 2 dan no 3 yang mana batu nisan bercantum itu sebenarnay ialah batu Nisan Almarhum Sultan Muzaffar Shah III @ Koya Nai Long.Dan kemungkin dimakamkan bertindih dengan Isteri Baginda Puteri Seri Andalas adinda Raja Lumu@ Sultan Salehuddin I ,Selangor. sebab itulah batu nisan bercantum. Sayang makam-makam yang mempunyai nilai sejarah seperti disini dan juga di makam Langgar 11 di Limbong , Makam Diraja Di Kota Meang Kuang tidak ada mana-mana pihak pun berusaha untuk membaiki pulih dan memelihara keadaan makam-makam yang terbiar. Sepatutnya waris-waris semua berkumpul dan mengadakan gotong royong untuk terus memelihara makam-makam ini.

donmny said...

...terima kasih khun luang, sangat sependapat

Khun_Luang said...

Saudara Donmny sebenarnya Almarhum Syarif Yang Dipertuan tu moyang saya dan apabila saya melihat gambar Makam-makam moyang saya yang lain itu Almarhum Sultan Muzaffar Shah III ,almarhum Sultan Syed Alang Alauddin dan juga Almarhum Tuanku Nai Long Jaafar, saya rasa terkejut dan amat sedih. Makam-makam Raja Besar Siam dibiarkan begitu tak terjaga. Sebab itu la saya baru saja nak cadang adakan lawatan oleh semua waris-waris keturunan baginda2 sekelian dan adakan gotong royong membersihkan kawasan makam. Saya dah pun dah maklumkan kepada saudara Herman - The Malay Press

Matt Cool said...

Boleh tanya ? Tok nenek saya dikatakan orang yang kaya dikawasan tualang masa dulu....... yang hairannya kami ada saudara dari selatan thailand kawasan chenak ....... tapi saya tak tau sejarah sebenarnya ........