SEKADAR CATATAN PRIBADI GETAR RASA YANG TERANGSANG SEPANJANG PERJALANAN YANG DIPOTRETKAN SEPANJANG HIDUP SEBAGAI TANDA KENANG KENANGAN SEBUAH KEHIDUPAN....GEMAR BERCUTI DENGAN KELUARGA. SELALUNYA BERKERETA KERANA BEBAS UNTUK BERHENTI DIMANA HENDAK BERHENTI, BERJALAN BILA BILA SAJA. PALING TERPAUT HATI PADA TEMPAT BERSEJARAH. SEJUK MEMANDANG PADA ALAM YANG HIJAU. TERSENTAK MATA DIHIDANGKAN DENGAN KEGONDOLAN BUKIT. (gambar bersama 4 anak, 2 didepan anak sendiri, 2 dibelakang anak saudara)
SANGAT MENGALU ALUKAN SEBARANG PENAMBAHAN MAKLUMAT OLEH PENGUNJUNG BAGI PENJELASAN YANG LEBIH MENDALAM

Saturday 8 November 2008

MAKAM KAMPUNG TANJUNG INGGERIS LANGGAR KEDAH

makam lama dikampung tanjung inggeris bertarikh 905 masehi. ianya ditemui tertanam didalam busut berhampiran sungai dikawasan ini. melaka dibuka sekitar tahun 1400 (sekadar bandingan). ......nama tempat ini tanjung inggeris kerana dikatakan ianya merupakan pengkalan pendaratan inggeris dihulu sungai kedah. kawasan ini suatu masa dahulu merupakan kawasan pedalaman paling hulu yang boleh dimudiki oleh kapal besar dan sederhana besar. perahu kecil masih boleh meneruskan perjalanan sehingga ke pengkalan yang lebih hulu.....berhampiran kawasan ini juga terletaknya makam sultan sultan kedah dari dahulu sampailah sekarang

tidak payah diterangkan lagi. ianya ditulis dengan sangat jelas.....menurut sejarah kedah ianya merupakan ulama yang menyebarkan agama islam....tetapi terdapatnya pendapat lain yang mengatakan ianya merupakan pemerentah kerajaan kedah tua yang ke 5.

berhampirannya terdapat komplek makam diraja yang dibina sekitar tahun 1700....mungkin ini jawapannya kenapa makam ini tidak terletak didalam komplek tersebut kerana usianya yang lebih tua daripada komplek itu sendiri

bentuk batu tanda ini merupakan batu nisan aceh. disekelilingnya dipahat penceritaan berkenaan si mati. bentuk batu nisan ini merupakan bentuk yang biasanya dijumpai pada makam makam lama pemerentah dahulu kala. selain bentuk bulat diatas, satu lagi bentuk batu nesan aceh yang biasa dapat dilihat ialah yang 'bertelinga'.

batu nesan aceh lain yang dapt dilihat disekitar makam tersebut....perlu dijaga sempurna, lihatlah ianya telah patah dan rosak

2 comments:

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Ini merupakan istana tinggal yang terletak berhampiran rumah TDM. Cerita tentangnya yang sebenar tidak diketahui. Apapun 'Tok Wa' yang tinggal berhampiran kawasan ini pernah bercerita tentangnya. Tapi telah lupa. Tak apa, raya nanti akan 'paksa' dia cerita semula bila ziarahnya.

Saya tunggu yang ini. tq.

Unknown said...

Alhamdulillah. Al Fatihah. Ingin mengetahui salur galur Manjalara. Keturunannya dari Daerah Acheh .. dan terakhir menetap di Telok Anson Hutan Melintang Hilir Perak