SEKADAR CATATAN PRIBADI GETAR RASA YANG TERANGSANG SEPANJANG PERJALANAN YANG DIPOTRETKAN SEPANJANG HIDUP SEBAGAI TANDA KENANG KENANGAN SEBUAH KEHIDUPAN....GEMAR BERCUTI DENGAN KELUARGA. SELALUNYA BERKERETA KERANA BEBAS UNTUK BERHENTI DIMANA HENDAK BERHENTI, BERJALAN BILA BILA SAJA. PALING TERPAUT HATI PADA TEMPAT BERSEJARAH. SEJUK MEMANDANG PADA ALAM YANG HIJAU. TERSENTAK MATA DIHIDANGKAN DENGAN KEGONDOLAN BUKIT. (gambar bersama 4 anak, 2 didepan anak sendiri, 2 dibelakang anak saudara)
SANGAT MENGALU ALUKAN SEBARANG PENAMBAHAN MAKLUMAT OLEH PENGUNJUNG BAGI PENJELASAN YANG LEBIH MENDALAM

Saturday 8 November 2008

MASJID LAMA BERHAMPIRAN KOMPLEK MAKAM DIRAJA LANGGAR KEDAH

Dah pukul 1 tengahari. ..Bertolak dari kampung orang tua tadi. Bagitau isteriku, nak singgah dekat makam diraja sat......dia dah tak manis, tapi tak juga masam. Kira lampu hijau la tu, terus belok kanan......dekat nak sampai komplek makam teringat pula nak singgah dekat masjid lama berhampiran komplek.........dah banyak kali datang komplek makam ini sebenarnya tapi tak tahu pula ada masjid lama yang unik berhampirannya. Itupun tahu melalui satu blog. rasa 'berdosa' rasanya kalau tak mai, lebih lebih lagi sebagai warganegara kawasan ini.........ingatkan masjid dekat belakang komplek, tapi masa belok lepas sungai depan makam, isteri tunjuk, "tu masjid yang abang nak pi", terus tekan minyak 'parking' tepi masjid.........masjid ini dipercayai usianya mungkin tidak jauh bezanya dengan komplek makam disebelahnya yang dibina pada tahun 1701 m. Letaknya masjid ini betul betul ditepi sungai. Mungkin suatu masa dahulu ianya juga berfungsi sebagai tempat menyemayangkan jenazah pemerentah negara kedah sebelum ianya di makamkan di komplek tersebut

Apa yang paling menarik dan unik tentang masjid ini ialah kubah azannya. Ianya diperbuat dari kayu sepenuhnya. Dipercayai bila masuk waktu sembahyang bilal akan naik melalui tangga di bawahnya dan melaungkan azan diatasnya tanpa menggunakan pembesar suara. Apatah lagi pada waktu itu senibinanya tentu mangambilkira alat bantuan bunyian yang belum ada.

Pandangan kubah azan dari depan. Ianya besar dan selesa untuk melaungkan azan ..............daripada sumber lain mengatakan bahawa kubah ini sebenarnya berfungsi sebagai balai nobat suatu waktu dahulu. Apabila Balai Nobat baru didirikan di Alor Setar pada tahun 1907, Balai Nobat disini telah bertukar fungsi sebagai menara madrasah ataupun masjid baru. Ianya dinamakan sebagai madrasah tok janggut dan telah diperkemaskan. Mungkin itulah jawapan atas keunikan menaranya.

Tangga untuk naik ke kubah azan. Ianya dibuat dari kayu sepenuhnya. Dipercayai dibuat dengan kayu belahan tangan tanpa menggunakan mesin. Ini kerana kayu yang digunakan itu tidaklah lurus sepenuhnya........di hujung tangga ini terdapatnya lantai yang boleh ditolak ketepi untuk ketingkat seterusnya. Ianya tidak digunakan lagi pada masa ini kerana alat pembesar suara moden telah digunakan

Dua daripada empat tiang yang menyokong menara azan. Kemas, tegap dan kukuh.

Kehalusan senibinanya sangat mengujakan. ini pandangan dinding bahagian dalam masjid. Disulami dengan ukiran ayat suci dan juga motif bunga.

Pandangan dalam masjid. lihat lah sistem pencahayaan dan sistem 'air-cond' semulajadinya. Di depan sekali merupakan mimbar imam.

Pandangan depan rumah sebuah kediaman yang dilihat dari sisi masjid. Disekeliling kawasan ini terdapatnya kediaman yang dibina daripada kayu seperti rumah diatas. Ini mengukuhkan lagi bahawa suatu masa dahulu kawasan langgar ini merupakan pusat pengajian agama islam bukan sahaja bagi negara kedah bahkan bagi kawasan utara semenanjung......kerana itu jugalah rasanya komplek pemakamam raja kedah dibina dikawasan ini bagi melengkapkan fungsinya sebagai kawasan 'suci'.

Masjid asal telah dibuat smbungan supaya lebih luas. mungkin bagi menampung manusia yang lebih ramai.

Juga pandangan kediaman sekitar masjid......molek rasanya kawasan ini diwartakan segera sebagai kawasan bersejarah dan persekitaran kediamannya dipelihara sebagai warisan. Apatah lagi dengan kerakusan manusia hari ini, takut takut kalau anak cucu kita tidak tahu asal usul.

Pandangan belakang sambungan masjid.

Pandangan luar masjid dengan tigkap yang bertutup.....lihatlah ukirannya.

Pandangan dekat, unik, gah dan hebat.

Pandangan dekat, lihatlah darah melayuku, terpahat didinding untuk diwarisi, bukan setakat diamati.

Kolam wuduk ditepi tangga masjid......dihujung sana isteri bersama 3 anakku menjenguk melalui tingkap kereta. isteri kurang 'berselera' tentang seni dan sejarah. Bila aku bercerita tentangnya isteriku matanya tidak bercahaya. tak pe lah.....dia tak pernah menghalang, walaupun juga tak pernah mendorong secara langsung. Anak anak ku belum tahu lagi, masih belajar mengenal abc.

Pandangan sisi lain masjid sebelum beredar........ rasa kepuasan yang empunya diri tahu. Terima kasih Tuhan atas anugerahMu.

2 comments:

KAKAK ANA said...

...ya

the girl who whines said...

rasa malu sendiri sbb dapat tahu pasal masjid ni dari blog ni, padahal saya sendiri tinggal di langgar sejak 20 tahun lepas, dan jalan makam tu laluan harian saya masa sekolah rendah dulu. terima kasih sebab dokumentasikan penemuan encik untuk tatapan peminat 'biasa' seperti saya.