minggu lepas, lepas ambik anak tadika terus jalan jalan bawa anak ke tengah bandar alor setar. tempat tujuan ialah muzium diraja kedah. sebenarnya minggu lepas dah melawat tapi sekejap saja. rasa tak puas pula. lagipun tak ambil gambar waktu tu. .......Berahman Indera atau lebih dikenali dengan nama Balai Besar dibina dalam tahun 1668 masihi oleh tentera-tentera Maharaja Cina Manchu. Mereka ini didatangkan khas atas perintah Maharaja Cina Dinasti Manchu dan ditempatkan di Pekan Cina berhampiran dengan jeti lama di Alor Setar. Pekerja-pekerja Melayu pula ditempatkan di Pekan Melayu. Titah untuk membina Berahman Indera ini diberikan oleh Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ibni Sultan Mahmud Syah Melaka (cop mohor dijumpai baru-baru ini), Maharaja Benua Islam Siam, Nagara Kedah. Bukan itu saja, baginda turut menitahkan pembinaan Balai Nobat dan Istana Kuning. Buku-buku sejarah mengatakan bahawa ia dibina atas arahan Sultan Nai Nal Azilin II, Sultan Kedah pada masa itu. Maklumat ini tidak benar kerana Paduka Seri Sultan Nai Nal Azilin II adalah Paduka Seri Perdana Menteri dan Penghulu Berahman Indera. Sesetengah buku sejarah pula telah menukar nama baginda kepada Zainal Abidin sedangkan Nai dalam bahasa Siam (bukan bahasa Thai) bermaksud Syed.
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/ pandangan belakang balai besar. uniknya tangga.
pandangan sisi hadapan muzium. lihatlah pintu sisi untuk ke dalam laman istana. Istana ini dibina pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Mu'adzam Syah. Dahulunya ia disebut sebagai Istana Kota Setar. Kemudian, dikenali dengan nama Istana Pelamin kerana pada tahun 1904, diistana ini telah berlangsung upacara perkahwinan secara gilang gemilang selama 90 hari 90 malam diantara putera puteri Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Selepas tamat perang dunia kedua ia digunakan oleh pertubuhan sukarela seperti Sekolah Latihan Gadis, Ibu Pejabat Pergerakan Wanita, Pergerakan St. John, Pengakap dan Persatuan Perajurit Negeri Kedah. Istana ini diisytiharkan sebagai Muzium Diraja Negeri Kedah pada 25 Julai 1983 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Syah.
juga pandangan belakang muzium
deretan meriam di depan muzium
lihatlah tarikh ianya dibuat.
pandangan sisi balai besar sebelum masuk kekawasan muzium yang letaknya dibahagian belakang.
pintu pengawal ke kawasan muzium ataupun istana. lihatlah pondok pengawal diatas pintu. tentunya berkawal dengan tombak suatu masa dahulu.
pandangan sisi balai besar ataupun juga dikenali sebagai balai mengadap suatu masa dahulu. ini bukannya muzium atau istana tersebut. ianya terletak di belakang bangunan ini.
pandangan bangunan sekeliling muzium
masjid zahir pandangan dari depan muzium
anak yang setia menjadi peneman bersama kereta isteri. isteri tak minat pasai sejarah-sejarah ni. minggu lepas dia ikut mai. tapi tunggu dalam kereta je. tak palah.
juga pandangan belakang istana. bayangkan keluasannya.
pandangan belakang balai besar dari sudut lain.
deretan meriam dilihat dari depan pintu istana. lihatlah pondok pengawal sebelum masuk kelaman istana.
No comments:
Post a Comment