Inilah rumah TDM...bukan yang didepan ni tapi yang dibelakang sana. Ini merupakan rumah yang dibeli beliau setelah menjadi doktor dan apabila berkahwin beliau menjadikan kediaman ini kediaman utamanya di kedah sehinggalah sekarang. Dibelakang rumah ini terdapat sungai Anak Bukit......Rumah kelahiran TDM terletak ditengah tengah bandar Alor Setar dan telahpun dijadikan muzium. Manakala rumah ini letaknya lebih kurang 10 km dari bandar Alor Setar. Di depannya terletaknya lapangan terbang utama negeri Kedah.....Didepan pagar tu bukannya basikal TDM, jangan salah andaian pula.
Ini merupakan istana tinggal yang terletak berhampiran rumah TDM. Cerita tentangnya yang sebenar tidak diketahui. Apapun 'Tok Wa' yang tinggal berhampiran kawasan ini pernah bercerita tentangnya. Tapi telah lupa. Tak apa, raya nanti akan 'paksa' dia cerita semula bila ziarahnya.
Terdapat tulisan jawi didepan bahagian atasnya. Tapi gagal dibaca dengan jelas. Lihatlah tingkap dan jeriji kayunya yang makin mereput.
Bumbungnya yang berukir......disebelah istana ini juga terdapatnya sebuah kediaman yang hampir serupa. Mungkin istana juga. Kawasan ini sememangnya merupakan kediaman kerabat diraja dari dahulu lagi. Ini kerana dibelakangnya terdapat sungai yang diketahui merupakan jalan perhubungan utama dahulu.
Jeriji tingkap kayu berukir yang masih bersisa. Sampai bila mampu bertahan tanpa selenggaraan.
Tiang istana yang didirikan daripada bata dan bukannya dikonkrit seperti binaan sekarang.
Ini merupakan kediaman yang terletak betul betul dihadapan istana tadi. Ianya juga binaan yang mungkin hampir seusia dengan istana tadi. ......Tapi ianya dijaga dan berpenghuni.
Yang menariknya ialah pengekalan bangunan secara kombinasi antara lama dan moden tanpa mengorbankan keasliannya........Terutama bahagian depannya. Lihatlah bahagian atas yang dikekalkan secara asalnya manakala bahagian bawah didirikan tiang konkrit baru. Menarik sekali.
Pandangan sudut lain rumah......Sepatutnya untuk rumah lama, kerajaan membuat polisi supaya ianya dikekalkan dan diberi insentif. Kawasan ini juga sesuai dijadikan kawasan warisan sebagai rujukan anak cucu nanti.
Antara rumah yang terdapat di sekitarnya......Sayangnya telah terbiar dan menunggu hari menyembah bumi. Sebenarnya banyak terdapat rumah seperti ini keadaannya di kawasan ini. Sayang sekali.
Pandangan bawah rumah. Inilah ciri ciri rumah m elayu dahulu.
Antara rumah yang terdapat di sekitarnya......Sayangnya telah terbiar dan menunggu hari menyembah bumi. Sebenarnya banyak terdapat rumah seperti ini keadaannya di kawasan ini. Sayang sekali.
Pandangan bawah rumah. Inilah ciri ciri rumah m elayu dahulu.
Rumah lainnya yang masih didiami. Kebanyakannya telah didirikan binaan bata dibawahnya bagi menjadikan ianya kekal untuk di huni......Rasanya kurang sesuai dan hilang keindahannya. Alternatif lain harus difikirkan.
Contoh rumah lainnya.....Hilang keasliannya, tapi berjaya mengekalkan penghuninya.
Akhirnya ditemani basikal sampai kepintu utama Istana Anak Bukit yang merupakan kediaman rasmi Sultan Kedah. Pintu gerbang baru dan kawasan dalamnya telah dinaik taraf pada tahun lepas. Kalau tak silap belanjanya 62 juta......Lihatlah basikal yang 'terlena' sebentar keletihan.
Akhirnya ditemani basikal sampai kepintu utama Istana Anak Bukit yang merupakan kediaman rasmi Sultan Kedah. Pintu gerbang baru dan kawasan dalamnya telah dinaik taraf pada tahun lepas. Kalau tak silap belanjanya 62 juta......Lihatlah basikal yang 'terlena' sebentar keletihan.
6 comments:
sayang betoi rumah kedah tu.. tapi dekat melaka.. depa kekal kan keasli rumah melaka dah ciri² keaslian melaka juga depa jaga..
TUAN Lampu Suluh
Betoi tu....mai la sama sama kita pakat suluh menyuluh. Usaha kecil ni kalau kita semua sama sama buat, kesannya sangat besar.
selalu kalau lalu jalan tu mesti kalih tengok rumah tu..sayang sungguh..kalaulah ada duit...tapi apakan daya...
mintak share gmbar yer bro....
Assalamualaikum,
saya mencari rumah Melayu lama yang terbiar untuk dibaik pulih. Agaknya mahukah waris rumah tinggal tersebut menjualnya? Kalau saudara ada info mengenainya, harap tidak berkeberatan menghubungi saya. Terima kasih
Cantik rumah lama tu. Kampung apa ya di anak bukit tu?
Post a Comment