SEKADAR CATATAN PRIBADI GETAR RASA YANG TERANGSANG SEPANJANG PERJALANAN YANG DIPOTRETKAN SEPANJANG HIDUP SEBAGAI TANDA KENANG KENANGAN SEBUAH KEHIDUPAN....GEMAR BERCUTI DENGAN KELUARGA. SELALUNYA BERKERETA KERANA BEBAS UNTUK BERHENTI DIMANA HENDAK BERHENTI, BERJALAN BILA BILA SAJA. PALING TERPAUT HATI PADA TEMPAT BERSEJARAH. SEJUK MEMANDANG PADA ALAM YANG HIJAU. TERSENTAK MATA DIHIDANGKAN DENGAN KEGONDOLAN BUKIT. (gambar bersama 4 anak, 2 didepan anak sendiri, 2 dibelakang anak saudara)
SANGAT MENGALU ALUKAN SEBARANG PENAMBAHAN MAKLUMAT OLEH PENGUNJUNG BAGI PENJELASAN YANG LEBIH MENDALAM

Tuesday, 11 November 2008

ISTANA TUNKU SULAIMAN

Hari ni sebelum beli nasi makan tengahari, sempat bawa keluarga ziarah bekas istana tunku sulaiman....terletak di Bukit Tinggi, mukim Wang Tepus, Jitra Kedah. Dikatakan dibina pada tahun 1859. Beliau lebih terkenal sebagai 'raja bersiung' kerana memakan manusia.....batu yang jelas kelihatan tu bukan istana, ia konkrit longkang yang belum diguna. Istana tersebut terletak disebalik pokok pokok hijau dibelakang konkrit tersebut. Didepan istana ini terdapatnya sungai yang merupakan jalan raya utama dimasa dulu.

Pandangan dalam istana, sebenarnya bentuk istana ini masih boleh dikatakan lengkap. Ruangan dalaman masih jelas kelihatan, sayangnya tidak dijaga............ Tunku Sulaiman menetap di istana ini satu ketika dahulu. Setelah diadili dan didapati bersalah memakan beberapa orang tentera China Manchu, dia melarikan diri ke Singgora (Songkhala) dan dibunuh oleh Narai @ Hang Tuah di sana. Narai adalah Paduka Seri Sultan Iskandar Muda Thani, Sultan Acheh. Apabila bertemu dengan Tunku Sulaiman di Singgora (Sonhkhala) dengan nada keras, kata Hang Tuah,"Na rai ? Beta ni siapa? Bapa saudara hang lah."...macam itulah lebih kurang cerita yg diriwayatkan. http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/

Juga pandangan dalam........menurut seorang penduduk tempatan yang kebetulan berada disitu mengatakan, mereka telah membuat aduan dan laporan kepada pihak yang berkenaan supaya kawasan ini dipelihara. tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan.

Sebuah lubang didalam istana, kelihatan semacam telaga......menurut orang lama disitu, terdapatnya sebuah terowong dalam istana yang boleh ditembusi sehingga lebihkurang 100 meter dibahagian kiri istana. Kemungkinan besar sebagai jalan menyelamatkan diri bagi sebarang kemungkinan.

Dinding istana...........masih tegap kukuh berdiri. Terdapatnya pokok dan akar besar melingkarinya. entah sampai bila masih mampu bertahan.

Pintu hadapan istana..........lihatlah jenis bata kecil, lepir dan nipis yang digunakan. Jenis bata ini merupakan jenis yang digunakan bagi proses pembinaan semua istana pada masa itu. Sekarang ini jenis bata tersebut tidak wujud lagi.

Pandangan hadapan istana......sebenarnya, didepannya merupakan tempat pembuangan sampah bagi perumahan yang berdekatan. sangat sedih sekali. Sudahlah pihak yang berkenaan mengabaikan kawasan istana ini, penduduk tempatan pun bersikap sedemikian juga.........beginikah wajah rupa bangsaku yang buta dengan sejarah ataupun telah sengaja dibutakan. Apakah sebenarnya?

5 comments:

Al Hamzah Gold said...

Sayang sekali sejarah bangsa melayu di abaikan begitu saja..

donmny said...

TUAN lampu suluh,

1. itulah....sejarah asal usul makin dipinggirkan, alam sekitar dirobek.

2. entah apa yang tak kena dengan orang kita

Khun_Luang said...

Sayang sekali keadaan Istana Tunku Sulaiman( Raja Bersiong ) ibni Paduka Seri Sultan Pir Abu(Sultan Wanara Legeh) @ Hang Kasturi. Seperti Catatan sejarah Tunku Sulaiman beribukan Wanita berbangsa Batak dari Sumatera. Istana ini dan juga Kota-kota serta 15 lagi Istana kepunyaan Raja-raja Benua Siam Islam yang terdapat di Negeri Kedah ini adalah tinggalan warisan kita. Tapi oleh kerana ia tidak memberi apa-apa keuntungan dari segi material kepada pihak-pihak tertentu mungkin sebab itulah mereka tidak peka terhadap nilai warisan.

Khun_Luang said...

En Donmny mengapa tidak saudara kumpulkan dikalangan mereka yang minat kepada Sejarah Warisan Kedah dan tubuhkan KEDAH HERITAGE CLUB. Saya pasti semua lapisan masyarakat dari penuntut Sekolah hinggalah ke ahli profesional akan menyertainya. Ini hanya cadangan dari saya sahaja. Kalu ada saya di Kuala Lumpur pun nak join juga..sesub

Unknown said...

Pihak penjajah cuba menghilangkan warisan pemerintah melayu islam dahulu sehingga terbawa-bawa sehingga kini, minta pengkaji sejarah juga mengkaji sungai langgar yang ditimbus di hulunya yang dulu dikenali sungai telok.