SEKADAR CATATAN PRIBADI GETAR RASA YANG TERANGSANG SEPANJANG PERJALANAN YANG DIPOTRETKAN SEPANJANG HIDUP SEBAGAI TANDA KENANG KENANGAN SEBUAH KEHIDUPAN....GEMAR BERCUTI DENGAN KELUARGA. SELALUNYA BERKERETA KERANA BEBAS UNTUK BERHENTI DIMANA HENDAK BERHENTI, BERJALAN BILA BILA SAJA. PALING TERPAUT HATI PADA TEMPAT BERSEJARAH. SEJUK MEMANDANG PADA ALAM YANG HIJAU. TERSENTAK MATA DIHIDANGKAN DENGAN KEGONDOLAN BUKIT. (gambar bersama 4 anak, 2 didepan anak sendiri, 2 dibelakang anak saudara)
SANGAT MENGALU ALUKAN SEBARANG PENAMBAHAN MAKLUMAT OLEH PENGUNJUNG BAGI PENJELASAN YANG LEBIH MENDALAM

Tuesday 11 November 2008

RUMAH TOK SU

Jom ziarah rumah Tok Su.....Ia sebenarnya salah sebuah rumah daripada dua buah rumah yang terdapat di Perkampungan Warisan, Alor Setar, Kedah. Asal rumah ini dari Kampung Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baru, Kulim, Kedah. Jaraknya lebih kurang 200 kilometer dari bandar Alor Setar........Pandangan sisi rumah.

Ianya siap didirikan semula dalam tempoh 16 minggu. Tiang seri yang merupakan komponen utama rumah melayu ini telah ditegakkan pada 5 Nov 1997. Ianya disertai oleh waris rumah ini iaitu Che Piah Hj Mahmud........Kelihatan bahagian depan rumah ataupun 'rumah ibu', tempat menyambut tetamu.

Di atas tiang seri telah dijumpai duit syiling 'Straits Settlements' tahun 1896 sebagai tanda tarikh pembinaannya. Ia merupakan tradisi orang melayu dahulu bagi mengingati tarikh ianya dibina. Bersamanya juga dijumpai anting anting emas. Ketika proses mendirikan semula ini kesemua barangan tersebut telah diletakkan semula ditempat asalnya bersama dengan syiling malaysia tahun 1997 .....Gambar menunjukkan sisi rumah. Juga kelihatan bahagian dapur yang sedikit rendah berbanding bahagian lainnya.

Bagi pembinaan semula ini, mana mana bahagian yang rosak telah dibaiki dan diganti dengan menggunakan kayu meranti hitam dan juga kayu cengal. Bahagian luarnya disapu dengan dua lapisan minyak iaitu campuran minyak keruing dan juga campuran minyak hitam....Lihatlah tingkapnya yang dihiasi dengan ukiran pada bahagian bawah.

Ianya siap sepenuhnya pada bulan April 1998 dan pada tahun 2001 ia diserahkan secara rasminya kepada pihak muzium Negeri kedah bagi proses seterusnya.....Gambar menunjukkan beranda rumah. Pada ruangan inilah penghuninya biasanya berehat sebentar bagi menghilangkan kepenatan sebelum naik ke bahagian atasnya. Juga kelihatan pasu mengisi air bagi membasuh kaki.

Luas keseluruhan rumah ini ialah 1700 kaki persegi bersamaan dengan 523 meter persegi. Ianya terbahagi kepada 6 ruangan utama iaitu beranda, rumah ibu, rumah tengah, ruang selang, dapur dan juga pelantar.........Bahagian dalam berada. Ukiran dan jeriji bagi membolehkan udara bergerak bebas.

Betapa cantik dan halusnya ukiran orang melayu dahulu. ......Tanggungjawab kita untuk mewarisinya dengan apa cara sekalipun.

Tangga untuk naik keruangan 'rumah ibu'. Pada ruangan rumah ibu inilah, tetamu diraikan. Ia merupakan ruangan utama sesebuah rumah melayu.

Ruangan 'rumah ibu' ini paling dijaga rapi penghuninya. Segala hiasan rumah yang cantik diletakkan diruangan ini. Ia luas dan selesa.

Antara hiasan ruang tamunya ialah tanduk rusa. Ia hiasan yang selalu terdapat di rumah orang melayu dahulu.

Ruang tengah. Menempatkan bahagian tidur penghuninya.

Bahagian ruang memasak dapur melayu. juga kelihatan komponen untuk memasak. Ruang ini biasanya dihubungkan dengan bahagian pelantar yang diguna sebagai ruang membasuh pinggan mangkuk.

Bahagian dapur tempat 'santapan'. Juga merupakan ruangan 'bersidang' bagi orang perempuan.
Pandangan sisi lain rumah Toh Su.....Cadangnya untuk membina rumah iras-iras begini. Telah dibawa ke mesyuarat dengan 'orang rumah'. 'Proposal' telah di'reject'......Nampaknya kena 'KIV' dulu projek ini buat sementara.

Anak sulung sebagai peneman setia. berdiri tegak bersama 'pick up' ayahnya........tadi dia dah tanya, 'cuti sekolah dah nak sampai, kita nak pi mana', .....macamana nak jawab ni.

25 comments:

Anonymous said...

cuti sekolah kiter gi sekolah laa...
tgk sekolah time cuti..
apa beza sekolah time cuti dgn sekolah time tk cuti..

erkkk...
(idea mengarut :P )

encik don..
tq kerna view bunga..
bunga add link encik don dlm blog bunga yer..
:)

Panglima Perang Cyber said...

bagus blog tuan..

merakam apa yg akan hilang.

sy dah follow blog tuan.

Sila follow blog sy jika ada masa. add email sy utk kita chat

Sy akan ziarah lg jika sudi jadi kawan saya..

nice blog..tq

Ayik dan Ernut said...

nice report, salam kenal (ernut)

donmny said...

cik bunya, en panglima perang, cik ayik dan ernut......terima kasih atas ziarah. moga silaturahim tergenggam erat

Ahmad Nawawi Yaakob said...

tahniah kerana merakamkan sebahagian lagi warisan Melayu.. Tahniah. teruskan usaha murni ini. CUma elok kalau entri-nya dimasukkan tajuk berunsur "sejarah" bagi memudahkan blogger @ pencarian ini..

Ahmad Nawawi (asal dr Kuala Nerang)

donmny said...

TUAN Ahmad Nawawi

terimakasih atas pandangan dan ziarah...

Radzi Sapiee said...

Salam. Blog yang menarik. Teruskan usaha anda merekodkan sejarah... :]

donmny said...

TUAN Radzi Sapiee

...usaha anda inspirasi hamba

Yana Ismail said...

cantiknya rumah itu...alaahai:)


salam ziarah!

donmny said...

Princess Liyana

...mai la melawat sebelum terlewat

Unknown said...

Rumah tu mmg kat kg saya,kg permatang kerat telunjuk mmg asal.cm tu

Unknown said...

Rumah tu mmg kat kg saya,kg permatang kerat telunjuk mmg asal.cm tu

Unknown said...

Rumah tu mmg kat kg saya,kg permatang kerat telunjuk mmg asal.cm tu

Unknown said...

Dulu2 tempat saya parking basikal bwh rumah tu, tunggu bas pergi sekolah...byk basikal kat situ...motor pun tumpang sekaki berteduh...tuan rumah tu kami panggil Cu Piah...peramah...rajin tegur budak2
Nak betulkan sikit "Asal rumah ini dari Kampung Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baru, Kulim, Kedah"...sebenarnya Bandar Baharu, Kedah...takde kaitan dgn Kulim pun...dua daerah yg berlainan :-)

zack said...

Ada lagi sebuah rumah yang asal kampung sera sungai ular kulim

Muhammad said...

rumah siapa tuan? di sg ular dan bendang sera ramai waris saya

Muhammad said...

Saya waris Haji Moksat, Haji Hussain dan anak cucu cicit mereka yang membuka penempatan di Kampung Sera dan Sungai Ular. Menurut tok saya situ keluarga dari Kelantan dan arwah Haji Moksat ada rumah yang bentuknya macam rumah Aceh. Kuburnya didalam pagar di sebelah Masjid al-Furqan yang diasaskannya sendiri.

Muhammad said...

Haji Moksat ialah datuk kepada moyang saya, isterinya Toknek Saba ada empat atau lima anak iaitu

Haji Hussain
Besah
Pah
Halimah
Wah(?)

Wah berkahwin dengan Daud keturunan Arab Jordan-Nik Kelantan kemudian melahirkan

Wak Sulaiman
Zakaria
Harun
Abdullah

Moyang saya zakaria dilahirkan di Kelantan dan orang sana srjak zaman dahulu sering ke Kedah menuai padi.

Zakaria berkahwin dengan Che Aisyah melahirkan

Ummi Kalthom
Safinah
Abdul Rahim

Safinah ialah tok saya dibela oleh pak menakannya Haji Harun di Sungai Ular dan bapanya Zakaria menetap bersama kaum keluarga lain di Terap kawasan bukit dan Sawah padi zaman dahulu.

Unknown said...

macam mana nak contact eah pemilik rumah tu ? sebab saya nak buat tugasan untuk assignment ? 😊

mawarkhayalanmus said...

asssalamualaikum, saya nisa, macam mana saya nak berjumpa empunya pemilik rumah warisan ini? saya ingin mnegetahui lebih lanjut mengenai pembinaan rumah warisan ini untuk kajian akademik saya. harap dapat membantu saya walaupun sedikit kerana saya ingin mencungkil keistimewaan negeri Kedah. Harap post ini dapat membantu saya serba sedikit

Unknown said...

Sy cicit tok su..sebelum ni ada seorg profesor dr uam buat tugasan psl rmh ni juga..

Unknown said...

sy cicit tok su..

Unknown said...

rumah ni rumah arwah nenek saya..mmg tpt bermain dl2..

mawarkhayalanmus said...

Boleh saya berurusan secara terus dengan encik/tuan/puan diemail saya gs55471@ student.upm.edu. my atau boleh berikan email encik/tuan/puan untuk selanjutnya

Hjmohdsaidfamily said...

Blh tau nama tuan? Rumah ni ada kena mengena kan dgn keturunan haji mohd said?