SEKADAR CATATAN PRIBADI GETAR RASA YANG TERANGSANG SEPANJANG PERJALANAN YANG DIPOTRETKAN SEPANJANG HIDUP SEBAGAI TANDA KENANG KENANGAN SEBUAH KEHIDUPAN....GEMAR BERCUTI DENGAN KELUARGA. SELALUNYA BERKERETA KERANA BEBAS UNTUK BERHENTI DIMANA HENDAK BERHENTI, BERJALAN BILA BILA SAJA. PALING TERPAUT HATI PADA TEMPAT BERSEJARAH. SEJUK MEMANDANG PADA ALAM YANG HIJAU. TERSENTAK MATA DIHIDANGKAN DENGAN KEGONDOLAN BUKIT. (gambar bersama 4 anak, 2 didepan anak sendiri, 2 dibelakang anak saudara)
SANGAT MENGALU ALUKAN SEBARANG PENAMBAHAN MAKLUMAT OLEH PENGUNJUNG BAGI PENJELASAN YANG LEBIH MENDALAM

Friday 21 November 2008

KEDAH, NEGERI JELAPANG PADI

Hari ni rasanya nak pi berkayuh menyusur disepanjang sungai Anak Bukit. Nak tengok bagaimana denyutan nadi kehidupan manusia di tebingnya.

Berkayuh punya berkayuh sampai akhirnya ke Kampung Alor Ganu. Sebelum ini pernah dengar nama tapi tak pernah sampai. Jaraknya lebih kurang 20 km dari Alor Setar. Sejuk mata memandang dan sangat mempersonakan keadaan disini. Apatah lagi baru lepas hujan.

Sesuatu yang menarik dalam kayuhan hari ini ialah terjumpanya semula 'Jelapang Padi'. Ini terutamanya di Kampung Alor Ganu. Fungsi jelapang ini ialah sebagai tempat menyimpan padi suatu waktu dahulu. Apabila hendak digunakan padi ini akan diambil dari dalam jelapang dan akan ditumbuk bagi menghasilkan beras. Begitulah proses seterusnya sehingga musim penanaman berulang semula......Gambar jelapang yang diukir dibirainya. Fungsinya sama penting dengan rumah kediaman suatu waktu dahulu. Padi akan diisi kedalamnya melalui pintu ditengahnya seperti yang dapat dilihat.

Kesemua jelapang ini tidak digunakankan lagi pada masa kini. Ini kerana padi yang dituai akan diangkut terus ke kilang dengan lori yang sedia menunggu dan terus dijual. Fenomena ini paling ketara lebih kurang 15 tahun yang lalu sehinggalah kini, yang menyebabkan jelapang hilang fungsinya.

Apa yang paling menarik ialah walaupun jelapang ini tidak digunakan lagi, tapi kedudukan tempat asalnya ia diletakkan masih dikekalkan. Jelapang ini selalunya diletakkan dibahagian tengah sesuatu kediaman. Ini bagi memudahkan empunyanya menguruskan jelapang tersebut......Lihatlah kedudukan jelapang antara dua kediaman ini.

Fungsi jelapang kini tidak lebih sebagai 'stor' tempat menyimpan barang yang tidak berguna. Ada juga yang menggunakannya sebagai tempat penyimpanan baja dibahagiaan bawahnya.....Lihatlah jelapang yang makin dimamah usia.

Jelapang juga biasanya dibuat dalam dua saiz iaitu sederhana dan kecil, kebiasaanya kecil bergantung kepada jumlah padi yang bakal disimpan....Gambar contoh jelapang yang bersaiz besar.

Juga gambar jelapang....... Lihatlah kedudukkannnya yang ditengah kediaman. Keadaan sebegini sebenarnya sangat sukar dilihat lagi di tempat lain.

Lihatlah jelapang yang berdiri gah dilaman rumah. Bayangkan kepentingannya suatu waktu dahulu.

Lihatlah jelapang berdiri didepan rumah ibarat pangawal yang setia. Ianya juga sebagai menifestasi kekayaan pemiliknya.

Sebenarnya jelapang ini tidak wujud lagi bagi pembinaan rumah pada masa kini. Bukannya ia hampir pupus, tapi memang telah pupus pun. Jelapang baru tidak pernah ada lagi.......yang ada hanyalah sekadar jelapang yang menunggu hari untuk menyembah bumi......Gambar menunjukkan salah satu penghuni yang menghuni jelapang yang telah tidak berfungsi akibat perubahan zaman.
Apapun jelapang ini seharusnya didokumentasikan dengan segera dan teliti. Ianya warisan nenek moyang melayu yang telah mendarah daging......Salah sebuah laman rumah yang dijumpai dalam perkayuhan. Bersih dan harmoni kombinasi antara manusia dan alam.

9 comments:

fadly ramly said...

kalo kt kedah,ia disebut sbg jelapang,kt trganu pula ia disebut sbg BALOH,fungsi dia mmg tmpt simpan padi,skdr info

donmny said...

TUAN Fadly Ramly

ye ke.....t kasih atas maklumat baru buat saya

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

terima kasih sebab sudu jenguk blog saya... saudara ni pangkat bapak kpd saya. Jadi biar saya panggil encik saja boleh? Blog encik sangat menarik, saya senang sekali:)

donmny said...

t kasih DAIRY KAMPUNG TENGAH

.....dari pak cik

Cheguman said...

Assalamualaikum,
Perkongsian menarik yg mengimbau nostalgia lama. Saya pernah masuk ke dalam jelapang secara nekad walaupun dilarang. Tak seronok tapi dapat pengalaman miang. Tok & Tokwan tak marah. Itu la untung jadi cucu.

donmny said...

TUAN Demang

betul tu....jelapang dengan pantang larangnya. perlu diketahui anak cucu

afandi said...

Dailek tempatan hanya menyebut "kaih (bunyi macam Kas; mungkin dari perkataan 'Bekas")... disebut Kaih Padi

smartgeneration said...

ambooooy p'cik, jadi ingatkan saya semasa duduk kat malaysia...
sekarang saya dah balik kat indonesia. rindu saya terpendam sangat kepada semua kawan-kawan dan juga toke a hwa yang sudah seperti ayah sendiri. salam sejahtera selalu dari indonesia..

Unknown said...

Gbar last kg ank bukit